Dalam
fizik nuklear, satu
nukleus atom dinamakan sejenis
nukleus halo atau dikatakan mempunyai
halo nuklear sekiranya jejari atomnya lebih besar daripada yang diramalkan oleh
model titisan cecair yang menganggap nukleus atom ialah satu sfera dengan kepadatan malar.Bagi satu nukleus dengan
nombor jisim A, jejari r bagi nukleus ialah (kira-kira)di mana r ∘ {\displaystyle r_{\circ }} ialah 1.2
fm.Satu nukleus atom biasanya terdiri daripada sekumpulan
proton dan
neutron yang terikat rapat-rapat. Namun, bagi sesetengah isotop, ada terlalu banyak satu spesis
nukleon dalam nukleusnya. Dalam sesetengah keadaan, satu teras nuklear dan halo akan terbentuk.Selalunya, ciri ini boleh dikesan dalam ujian-ujian penyerakan yang menunjukkan nukleus itu lebih besar daripada nilai yang diramalkan. Biasanya keratan rentas nukleus (mengikut jejari klasik) adalah berkadaran dengan punca kuasa tiga jisimnya. Hubungan ini serupa dengan hubungan dalam sfera pejal.Satu contoh nukleus halo ialah
11Li yang mempunyai
separuh hayat 8.6 ms. Ia mereput kepada
11Be melalui pemancaran satu
antineutrino dan
elektron.
[1] Keratan rentasnya yang sepanjang 3.16 fm adalah hampir dengan keratan rentas dua nukleus yang lebih berat,
32S dan, lebih mengkagumkan lagi,
208Pb.
[2] Ia mempunyai teras 3 proton dan 6 neutron, serta satu halo yang terdiri daripada 2 neutron yang bebas dan terikat secara longgar.Nukleus yang mempunyai
halo neutron termasuklah 11Be dan
19C. Halo dua neutron dimiliki oleh
6He, 11Li,
17B,
19B dan
22C. Halo dua neutron berpecah kepada tiga bahagian dan dipanggil
Borromean disebabkan tingkah laku ini.
8He dan
14Be kedua-duanya memiliki halo empat neutron.Nukleus yang mempunyai
halo proton termasuklah
8B dan
26P. Halo dua proton dimiliki oleh
17Ne dan
27S. Halo proton dijangkakan lebih jarang dan tidak stabil daripada halo neutron disebabkan daya tolakan oleh proton yang berlebihan.Nukleus halo terbentuk di pinggir
carta nuklid — di
garis titis neutron dan
garis titis proton — dan membentuk separuh hayat yang pendek yang diukur dalam milisaat. Nukleus-nukleus ini dikaji sejurus selepas pembentukannya dalam pancaran ion.Pemastian uji kaji halo-halo nukleus adalah masih baru dan masih berjalan. Nukleus-nukleus calon lain dijangka akan muncul. Sesetengah nuklid mempunyai halo dalam
keadaan teruja tetapi tidak dalam
keadaan dasar.